Wednesday, December 5, 2012

PENYEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


PENYEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) LINUS


Perancangan yang rapi dan sistematik perlu bagi memastikan P&P berkesan.
kenalpasti
Aras, tema, kemahiran,objektif
 
Peringatan!!
Semasa membuat perancangan P&P pastikan:
  • RPH  mestilah berdasarkan kemahiran LINUS tahun 2.
  •  Contoh : (K V+KV ) Kemahiran 1.1, 2.1, 3.1.,4.1,5.1, 6.1
  • Pengajaran mesti bertema
  • Objektif dan aktiviti pengajaran  mestilah jelas
     berdasarkan kemahiran yang hendak diajar.
Impak ditulis setelah selesai P&P

Prinsip-prinsip Modul Pengajaran:
1. Ansur maju
2. Didik hibur
3. Pengulangan kosa kata
4. Latihan dari mudah ke susah
5. Latihan interaktif
6. Belajar sambil bermain.


Contoh Rancangan Pengajaran Harian

Minggu Ke-4
Hari                        : Selasa
Tarikh                     : 24 Januari 2011                 
Matapelajaran                    : Bahasa Melayu
Masa                      : 8.00 – 9.00 pagi
Kelas                      : 2 Cempaka (25 orang)
Tema                     : Persekitaran Saya (Unit 1)
Tajuk                      : Kereta Papa
Kemahiran            : 1.6. Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi suku   
                                            kata tertutup KVK
                                                4.2. Membina dan menulis  frasa yang mengandungi sk tertutup
                                      6.2. Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi sk t’tutup

Objektif                 :
  • 10 orang murid (1-2) dapat membina dan menulis perkataan bas, van, pen dengan betul.
  • 10 orang murid (3-7) dapat membina dan menulis rangkaikata  bot laju, pin baju,
  • 15 orang murid (1-9) dapat membina ayat tunggal dengan betul  berdasarkan gambar.
 Impak:  2 orang murid (1-2), 4 orang murid (3-7) dan 2 orang murid (1-9) menguasai dan membaca perkataan kvk manakala 5 murid memerlukan bimbingan di luar bilik darjah.

Aktiviti

Set Induksi
- Nyanyian Lagu Kereta Papa
- Lakonan dan pergerakan
- Bersoaljawab mengenai bahan

Langkah 
 -Membaca kad huruf dan membentuk perkataan (1-2)
-memadankan kad perkataan dengan gambar. (1-2)
- Menyusun perkataan menjadi rangkaikata (3–7)

-membaca ayat tunggal yang mudah (1-9)
-Latih tubi membaca dan menyebut perkataan

Penutup
-nyanyian.


Lagu Kereta papa

Papaku pulang dari kota
Papaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Bolehku bawa ke sekolah      
Pon pon pon
pon pon pon
pon pon pon
Kereta kecilku berbunyi
Marilah adik mari naik
Bolehku bawa jumpa nenek
  

 

Monday, December 3, 2012

SENARAI KEMAHIRAN LINUS
 Secara umumnya, kemahiran LINUS dibahagikan kepada 12 konstruk. Bermula tahun 2012, semua murid mesti melepasi kesemua konstruk untuk layak ke arus perdana.

LITERASI
KONSTRUK 1
Keupayaan menamakan huruf vocal dan konsanan.
KONSTRUK 2
Keupayaan membunyikan suku kata terbuka.
KONSTRUK 3
Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi  suku kata terbuka.
KONSTRUK 4
Keupayaan membunyikan suku kata tertutup.
KONSTRUK5
Keupayaan membaca suku kata tertutup.
KONSTRUK 6
Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi suku kata tertutup(ng).
KONSTRUK 7
Keupayaan membaca perkataan yang mengandungidiftong.
KONSTRUK 8
Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi vocal berganding.
KONSTRUK 9
Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi digraph dan konsonan bergabung.
KONSTRUK 10
Keupayaan membaca perkataan berimbuhan awalan dan akhiran.
KONSTRUK 11
Keupayaan membaca ayat mudah.
KONSTRUK 12
Keupayaan membaca dan memahami berdasarkan bahan rangsangan.
NUMERASI
KONSTRUK 1
Keupayaan pranombor dan mengenal angka.
KONSTRUK 2
Keupayaan membilang.
KONSTRUK 3
Keupayaan memaham inilai nombor.
KONSTRUK 4
Keupayaan membuat seriasi.
KONSTRUK5
Keupayaan mengenal matawang Malaysia.
KONSTRUK 6
Keupayaan menyatakan waktu.
KONSTRUK 7
Keupayaan mengendalikan operasi asas.
KONSTRUK 8
Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan matawang Malaysia.
KONSTRUK 9
Keupayaan mengukur panjang objek,jisim objek dan isipadu.
KONSTRUK 10
Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya.
KONSTRUK 11
Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat.
KONSTRUK 12
Keupayaan mengaplikasikan  pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan matawang,masa dan ukuran panjang.